Download App
Get our app via:
qr-code (3).png
  • google-play.png
  • app-store.png
  • app-gallery.png
Store Locator Blog
Stores
0
MY Bag
Share

Eh, tetiba dah nak Raya dah kita, kan? Cepat betul masa berlalu tapi… Rumah dah kemas? Makeup raya dah beli? Kulit masih kusam lagi? Sabun mandi dan macam macam lagi dah cukup untuk bawak balik kampung? Tengah sakit ke tu? Ha, sudah. Macam mana Hari Raya nanti, geng? Lagi seminggu je nak raya niii 😭. Jangan risau. Meh sini, kita cerita sikit macam mana nak buat persiapan raya, edisi 7 hari je semua dah setel. Tak percaya? Kena lah baca sampai habis!

  1. Rumah dah Raya-Ready ke Belum?

Bila Hari Raya, of course keluarga dan kawan-kawan rapat kita nak datang rumah kan? Sebab tu lah, kita kena pastikan rumah kita bersih, kemas dan sedap mata memandang. Lagi lagi, bila diaorang kata “Tandas dekat mana, eh?”. Ha, time tu baru gelabah nak cuci tandas 😂. Takmau lah macam tu, apa kata before Hari Raya nanti, korang guna Magiclean Stain & Mold Remover. Semua kotoran degil dekat bucu and lantai tandas tu mesti hilang punya. Tak payah dah nak sental kuat-kuat nanti penat sangat, kesian pulak dah lah tengah puasa.

Pastu, baju raya dah beli ke belum tu? Kalau dah, jangan lupa basuh dulu tau. Memang lah kita selalu dengar “Fuh, bau kedai!”. Tapi, jangan lah bau kedai betul-betul dan baju baru beli tak semestinya bersih. Kalau korang basuh baju guna ORITA Baking Soda Laundry Detergent (Floral), memang ngam! Dah lah satu rumah boleh bau wangi dia, pastu confirm bersih. Kalau kita repeat baju raya tahun lepas pun takpe, yang penting basuh bagi bersih kan? 😉

  1. Kesihatan Badan dah Raya-Ready ke Belum?

Kantoi, tengah batuk ke tu? Ke tengah lap hingus? Maklumlah, sekarang ni macam musim orang banyak sakit je. Sebab tu, kita kena sentiasa cakna dengan kesihatan badan kita tau, lagi-lagi dah nak Raya ni. Pastikan makan makanan yang cukup serat, cukup vitamin, cukup mineral, ha semua kena cukup lah. Contohnya, buah-buahan yang jenis masam (sitrus).

Buah-buahan sitrus macam buah oren dan lemon ni kaya dengan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan korang tahu kan sel darah putih sangatlah penting untuk melawan jangkitan virus dan bakteria dekat dalam badan kita? Nak lagi senang dan memudahkan kita, minum Watsons Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg je pun dah okay.  Ingat, bak kata Mat salleh, “Health is Wealth”, gituu.

  1. Penjagaan diri dah Raya-Ready ke Belum?

Badan dah sihat, rumah dah kemas and now kena jaga penjagaan diri pulak, self-pampering like that! :3 Okay, for Raya, of course kita nak wangi-wangi, tu kan sunnah 😊. Pagi Raya tu korang boleh try mandi dengan Watsons Body Wash Lavender, dah lah wangi giler pastu bau floral floral gitu, lelaki ke perempuan, dua dua sesuai je!

                 Ya faham, hari Raya kan usually panas sebab ramai orang kan dekat rumah pastu berpeluh. Tak best rasa lekit lekit nanti, takpe. Jangan risau, lepas mandi tu, kita roll roll lah Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant sikit baru tak kepam sepanjang hari Raya nanti. Bagi yang bertudung pulak, korang spray je Watsons Cooling & Freshing Hair Mist dekat rambut before pakai tudung. Nanti kita rasa fresh je and nak berjumpa dengan orang pun rasa confident.  

  1. Skincare & Makeup dah Raya-Ready ke Belum?

Mesti korang tertunggu tunggu je kan skincare and makeup apa yang best pakai time Raya? 👀 Save yang best untuk last lah hehe. Sini I habaq Rahsia Gaya Raya tahun ni, nak kulit cantik, smooth macam butir telur, korang kena exfoliate kulit korang. Tapiiii, kalau korang tak pernah exfoliate, JANGAN terus jump into chemical exfoliator tau. Sedih weii terus purging teruk kang 😭. Physical exfoliator macam Pink by Pure Beauty lagi better sebab lagi gentle, just gosok lembut lembut, bilas and siap! Pastu, kalau kulit kita macam kering semacam je, korang sapu je Hada Labo Hydrating Sleeping Mask dan tidur terus. Nanti bangun pagi Raya kulit jadi boink boink and berseri-seri. Hehe suka suka! 🤭

Bila kulit dah cantik, baru lah best bila pakai makeup nanti! Satu rahsia nak bagi makeup korang tahan lama sampai malam, korang wajib pakai Setting Spray yang viral dekat TikTok ni! Ramai influencers dah approved tau sebab bila korang spray, makeup korang takkan gerak! Eyeshadow, eyeliner, foundation memang nampak nice without smudges and tak nampak cakey tau! Tak boleh lupa, kuku korang pun kena cantik. Pakai je Dashing Diva Magic Press ikut colour baju raya korang… pastu? SLAYYYY 💃 💃 💃. Dah macam perempuan melayu terakhir dah hehe. Alright, terbongkar sudah Rahsia Gaya Raya tahun ni. Eh, btw korang dah tengok Watsons Raya Video tahun ni? Memang gempak dan ada plot twist ala-ala Sherlock Holmes tau! 🤭 Tekan je SINI. Sepuluh jari disusun rapi, Jenama Retail No. 1, Watsons Malaysia mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia! 🌙

Previous

Resepi Rahsia Menu Raya Mudah Disediakan, Pasti Jadi!

Next

Fun Facts About Rahsia Gaya Raya Film & Cast

Related Topics
Share