Download App
Get our app via:
qr-code (3).png
  • google-play.png
  • app-store.png
  • app-gallery.png
Store Locator Blog
Stores
0
MY Bag
Share

Siapa kata travel dalam Malaysia tak best? Kalau tak best, takkan lah ramai sangat tourists datang Malaysia kan? 👀 Tapi bosan lah asyik recommend tempat yang famous je. Meh sini, kita nak share tempat mana yang underrated pulak dekat Malaysia that maybe you, rakyat Malaysia pun tak pernah lagi.

Pssst, kalau baca sampai habis, korang boleh menang pakej pelancongan with Traveloka jugak tau! 😱

1. Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Shah, Pahang

Photo credit: Tripadvisor

Maldives? Nahh, this is in Malaysia, babe! For those yang tinggal area Muadzam Shah, Keratong ataupun Bukit Ibam, memang familiar dengan Tasik Biru ni. Air ni memang warna biru, but how? Katanya sebab daripada tindak balas kimia daripada bijih besi, tu yang tasik tu jadi warna biru jernih gituu~

2. Bukit Tinggi, Pahang

Photo credit: Tripadvisor & A Fun Couple

Percaya tak korang takpayah pergi Jepun dah, sebab dekat Malaysia pun dah macam ala-ala Jepun! 😏 Min sendiri pernah pergi and serious rasa tenang and breathtaking! Siapa yang nak have a break from the city, memang kena datang sini! Actually dekat sini bukan macam ala ala dekat Timur je, tapi ala-ala Barat pun ada, which is French Village! Cantik sangat architecture dia, pastu paling best, sejuk sejuk manja je dekat sini! Entrance fee nak masuk dua dua tempat ni tak sampai RM20 pun! 😱

3. Kundasang, Sabah

Photo credit: The Simple Travel

Selalu kalau dengar Sabah, mesti asyik Kota Kinabalu kan? Tapi ada satu ni macam dekat New Zealand dah! Omg best kan Malaysia ni? If you guys ada plan nak pergi Sabah, you guys have to go to Kundasang okay! Lagi lagi yang suka haiwan, sebab ada Alpaca Club yang gebu gebuu! Nak masuk pun murah je, harga dalam RM20 jerr.

4. Gua Niah, Miri, Sarawak

Photo credit: Wikipedia

Yang jenis minat hiking and masuk gua tu, you guys can give this Gua Niah a try! Fun fact, gua ni gua paling tertua di Malaysia, umur dia dah cecah 100,000 tahun dah and still standing strong! Plus, gua yang paling terbesar di Malaysia pulak tu! Lawatan sambil belajar Sejarah gitu! 😳

5. Mossy Forest, Cameron Highlands

Photo credit: Klook

Selain singgah ladang strawberry and teh, alang-alang tu singgah lah Mossy Forest sekali! Tak perlu daki sampai atas pun kalau nak naik. Drive je! Yang panting bawak RM10 untuk dalam bag untuk sorang masuk. But if you taknak drive, nak sewa driver dekat situ pun boleh, no problem! View dekat sini cantik gila, dah macam masuk dalam enchanted forest macam dekat fairytale movies tu hehe  

Sempena bulan Kebangsaan ni, of course lah kita nak belanja semua diskaun 80% untuk produk kedua*! 🇲🇾 Bukan tu je, peluang nak menang Cuti-Cuti with Traveloka* & Totebag UNIK yang comel pun kita nak kasi secara PERCUMA*! 😍 Tunggu apa lagi? Jom shopping ramai-ramai harini di #WatsonsMalaysia, Jenama Retail No.1 “O+O” Kesihatan & Kecantikan di Malaysia, KEDAI & ONLINE!

*Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara stok masih ada. Promosi sah dari 6 Ogos – 4 September 2024 (SM), 13 Ogos – 11 September 2024 (SS).

Previous

What is pickleball? Common knee pain in pickleball

Next

Electrolyte drinks keep you hydrated after pickleball

Related Topics
Share