Download App
Get our app via:
qr-code (3).png
  • google-play.png
  • app-store.png
  • app-gallery.png
Store Locator Blog
Stores
0
MY Bag
Share

Bulan puasa merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ia merupakan salah satu bulan di mana kita berpuasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari dan ia juga merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang penting. Walaupun berpuasa ni agak mencabar, tapi korang pasti akan menikmati dan mendapat banyak manfaat daripadanya. Salah satu manfaatnya, semestinya berat badan kita akan drop sikit, lepas tu bolehlah berangan nak bergaya-raya lagi tahun ni. Hehe. 🤭

Jadi, untuk yang sedang berpuasa, nak tahu tak produk apa yang bagus untuk waktu puasa ni? Jom scroll di bawah, gais!

  1. Kulit Boink Boink

Korang semua tahu kan, jaga kulit memang penting. Terutamanya time bulan Ramadan ni, lagi kena rajin dalam penjagaan kulit. Takut tak nampak glowing time raya pulak. Tapi… nak risau apa? Serum Pencerah Wardah Crystal Secret kan ada? 😉 Kandungan utamanya ialah Tranexamic Acid yang boleh kekalkan kelembapan dan kurangkan produksi minyak berlebihan kat kulit korang. Pastu, ada lagi kandungan Edelweiss Extract yang boleh jadikan kulit korang glowing dari dalam. Jadi, korang tak payah risau dah kalau nak kulit sihat dan cantik time berpuasa ni. Pakai je Serum Pencerah Wardah Crystal Secret, nanti kulit boink boink sampai raya, hehe!

Selain tu, korang kena ingat, penjagaan kulit tu bukan sekadar guna produk je tau. Jangan lupa, minum air yang cukup dan jangan biarkan kulit kering. Rajin-rajinkan diri sapu moisturiser kat kulit sebab kalau kulit kering, nanti makin banyak jerawat keluar, makin teruk pulak masalah kulit. Sunscreen pun jangan lupa pakai especially yang kaki pergi bazaar tu. Kalau tak, kulit korang makin gelap dan banyak parut akibat terkena sinaran matahari. Dan yang paling penting, jangan lupa bersihkan muka betul-betul sebelum tidur. Kalau korang malas nak cuci muka, nanti muka korang banyak blackheads and whiteheads, serupa macam jalan tar pulak dah. So, jangan laa malas untuk jaga kulit korang ye. Kulit sihat dan glowing barulah rasa confident dan happy. Tak gitew?

  1. Kuatkan Sistem Imun

Korang tahu tak, puasa sebenarnya dapat membantu menurunkan risiko penyakit seperti diabetes dan jangkitan bakteria? Tapi, pemakanan yang tidak seimbang ketika berbuka puasa dan sahur boleh melemahkan sistem imun kita, yang membuatkan kita mudah terkena penyakit dan jangkitan. Sebab tulah, selain daripada mengambil makanan tambahan macam Flavettes Effervescent Vitamin C, korang kena pastikan pengambilan makanan korang sihat dan seimbang supaya dapat mengekalkan kekuatan sistem imun kita.

Jangan terlalu teruja untuk melantak makanan berat ketika berbuka puasa sebab makanan yang berat atau yang mengandungi banyak gula dan garam boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Bukan tak boleh, tapi bersederhana kan lebih baik? Even better, ambil la makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein seperti ayam atau ikan. Minum air manis atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa tapi sama jugak macam tadi, jangan lebih-lebih, okeh! Jadi, ambil la tambahan makanan yang diperlukan dan jaga pemakanan supaya badan korang sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang bulan puasa!

  1. Badan & Mulut Yang Segar

Untuk korang yang tengah berpuasa, memang penting untuk menjaga kebersihan kulit dan mulut supaya sentiasa segar. Nak dapatkan kesegaran pada kulit semasa berpuasa, korang wajib cuba sabun mandian Moist Diane Botanical Refresh & Moist. Sabun ni memang power gila sebab ada kandungan natural botanical extract yang dapat melembapkan dan meyejukkan kulit. Korang kan suka benda natural natural ni hehe plus, tak berbahaya untuk kulit pun.

Next, kalau korang nak melegakan nafas dan pastikan mulut sentiasa segar, cubalah Waken Mouthwash yang mengandungi peppermint atau mint. Bila kita puasa, kita kan kena tahan diri daripada makan dan minum. Sebab tu, mulut kita oleh jadi  boleh kering dan berbau. Dengan penyegar mulut yang best ni, korang boleh pastikan mulut sentiasa wangi dan segar sepanjang hari. Nak cakap dengan orang ramai pun tak rasa malu dah. Lagi satu, jangan tergoda nak minum air mandian tu pulak ya, hehe.

  1. Kurma & Coklat

Kalau nak dapatkan tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, kurma dan coklat macam Snickers ni memang nice. Kurma ni kan makanan sunnah yang kaya dengan serat yang bagus untuk pencernaan dan Snickers pulak mengandungi gula dan protein yang dapat memberikan tenaga dan kenyang untuk tempoh yang lama. Tapi, jangan la makan snek sampai tak ingat dunia. Eh salah tu salah. 😂 Snek ni untuk isi perut for moreh or sahur je, bukan untuk isi perut sampai kenyang tau. Nanti ada yang complain, kenapa berat tak turun time puasa nanti. Berbalik kepada niat kita berpuasa. Kan bulan Ramadan mengajar kita untuk hidup dengan sederhana dan sentiasa memikirkan orang yang kurang bernasib baik. 😊

Okay, tu je lah. Jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan badan korang supaya sentiasa sihat dan fresh. Pastu bila berbuka, kena makan balanced diet yang cukup banyak sebab nak ganti tenaga yang dah hilang. Kita boleh gunakan kesempatan ni untuk menguji iman dan ketabahan diri kita. Jadi, jangan sia-siakan peluang ni untuk improve diri dan jadi lebih baik dari sebelum-sebelum ni, okay!

Previous

Marhaban Tiba… Eh Ramadan Tiba!

Next

MBTI 16 personalities | Skincare, makeup and self-care gift ideas for ESFP

Related Topics
Share