Download App
Get our app via:
qr-code (3).png
  • google-play.png
  • app-store.png
  • app-gallery.png
Store Locator Blog
Stores
0
MY Bag
Share

Bulan Ramadan tiba kembali,

Sinar keberkahan menyinari bumi.

Inilah masa untuk perbaiki diri,

Di bulan Ramadan yang suci ini.

MARHABAN TIBA MARHABAN TIBA MARHABAN TIBAAAA~ Eh, tiber! 😂 Dah nak masuk bulan Ramadan dah kita! ☪️ Berpuasa merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga dan ia merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan sahabat Nabi Muhammad (SAW) pun sudah mulai bersiap-siap dari awal. Jadi, kita juga harus mengikuti jejak mereka untuk mendapatkan bulan Ramadan yang sangat bermakna! Bagi umat Islam, ibadah puasa bukanlah hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum. Oh no no no, banyak kelebihan di bulan yang baik ni tau!

Tapi tunggu dulu, sebelum kita berpuasa di bulan Ramadan, kita harus menyiapkan diri terlebih dahulu. Tujuannya adalah agar kita dapat menghargai setiap saat di bulan mulia ini. Berikut adalah beberapa tips yang kami nak kongsikan sebelum nak mulai berpuasa. Dah ready? Bismillah!

  1. Betulkan Waktu Tidur Anda

Tidur merupakan salah satu komponen penting dalam rutin harian kita, lebih lebih lagi dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ketika bulan Ramadan yang mulia ini, bangun awal untuk sahur adalah penting bagi orang Islam yang berpuasa. Makanan pada waktu sahur ni lah yang memberikan sokongan yang diperlukan untuk kita terus melakukan rutin harian kita macam biasa. Kalau kita terlepas, nanti lapar teruk pulak kan?

Walau bagaimanapun, bangun awal mungkin sukar, terutama jika anda sudah mengalami kesukaran untuk tidur. Inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba Hair Care Bear Sweet Dream Gummies kerana ia dapat membantu kita untuk menikmati pengalaman Ramadan dengan sepenuhnya.  Jangan biarkan kekurangan tidur memusnahkan rutin berpuasa anda. Dengan tidur yang cukup, anda akan bersedia untuk bangun waktu sahur dengan lebih yakin dan merangkul segala yang ditawarkan oleh Ramadan.

  1. Dah Ganti Puasa Ke Tu?

Setiap Muslim yang dah cukup umur, sihat mental dan fizikal, wajib berpuasa pada bulan Ramadan. Tapi kalau ada yang tak boleh puasa sebab sakit, travel, datang bulan ke, atau sebab lain yang sah, no worries, korang boleh skip puasa hari tu tapi kena ganti balik. Puasa ganti ni penting gila ok!

Jadi, ni reminder untuk korang yang belum ganti puasa, jangan leka dan cepat-cepatlah ganti puasa sebelum Ramadan yang akan tiba pada hari Khamis ni! 😱 Apabila kita dah habis ganti puasa, barulah kita dapat menyambut bulan Ramadan yang baru dengan clean slate dan siap nak merasa pengalaman Ramadan yang memuaskan dan bermakna.

  1. Kurang-Kurangkanlah Minum Coffee tuu!

Okay be honest, siapa je tak suka minum kopi? Itu lah minuman paling perfect untuk kickstart our day sebab kita rasa kenyang dan tak serupa zombie kampung pisang. Tapi kan, bila nak masuk Ramadan ni… hmm susah mat nak tinggalkan minuman favourite kita ni. So, apa jalan penyelesaiannya? Chill guys, kita boleh kurangkan minum kopi dari sekarang, atau lagi bagus kalau terus STOP! Macam tu kita boleh elakkan sakit kepala dan letih-lelah pada awal-awal Ramadan nanti.

Tapi tunggu jap, korang tahu tak, selain kopi, ada minuman lain yang boleh kurangkan selera kita time puasa? Contohnya, Apple Cider Vinegar dah terbukti boleh kurangkan selera makan dan mengurangkan cravings. Kalau kita cuba try test dari sekarang, nanti kita dah biasa dan selesa untuk mengharungi bulan puasa yang penuh cabaran. Ha gitewww! 😉

  1. Perbaiki Diri Dari Sekarang

Ramadan ni bukan sekadar jaga makan and control hawa nafsu je tau. Time ni lah kita nak kumpul pahala. Bukan kena buat benda besar-besar pun, a simple smile or helping hand pun dah cukup. Kita juga perlu kuatkan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan kerana ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain.

So, jom prepare for Ramadan dengan sebaik-baiknya and spread positivity sekeliling kita. Betulkan sleeping pattern kita, ganti puasa yang tertunggak, kurangkan  pengambilan caffein dan buat amalan baik are just a few tips untuk get ready for Ramadan To ensure a meaningful and fulfilling Ramadan experience, let’s strive to incorporate these practices starting TODAY! Let’s take this opportunity to reflect on ourselves and aim to become a better person. Dengan itu, selamat menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya. Ikhlas daripada kami, Jenama Retail No.1, #WatsonsMalaysia!

Previous

MBTI test 16 personalities | Skincare, make-up, and self-care ideas for ISFP

Next

Tips Memanfaatkan Bulan Puasa Anda!

Related Topics
Share