Ha, pejam celik pejam celik, lagi berapa minggu je kita nak raya, kan? Cepat betul masa berlalu. Tapi, dah start buat persiapan untuk raya belum? Lagi lagi menu apa yang nak disediakan nanti. Ye, tentunya rendang, lemang, dan ketupat tu wajib, kan? Apa kata kita tambahkan hidangan yang lebih UNIK dan sihat daripada itu. Nak tahu apa dia? Kenalah baca sampai habis, okie!
- Nasi Ulam dengan Biji Chia
Jeng jeng jeng~ Yang pertama, kita ada Nasi Ulam dengan Biji Chia! 🤩 Siapa pernah makan? Kalau korang tak pernah dengar, nasi ulam ni hidangan Melayu yang ada nasi kukus dicampur herba dan rempah tau dan hidangan ni memang sihat sebab ada antioksidan dan bahan-bahan yang berkhasiat seperti herba dan rempah. Sebab tu lah korang kena try! Nak buatkan lagi mengenyangkan dan sihat, kita tambah biji Chia, baru lagi umphhh! Ni je bahan-bahan yang kena ada dan semuanya boleh dapatkan di pasaraya dan ada yang boleh dapatkan di Watsons jugak tau!
Bahan-bahan:
- 1 cawan – Nasi kukus
- 1/8 cawan – Biji Chia
- 1/4 cawan – Kacang campur dengan buah-buahan kering/almond
- 1 sudu besar – Belacan
- 1 ketul – Ikan masin (Kurau)
- 1 sudu besar – Minyak kelapa
- Garam
Ulam-Ulaman:
- 1 ikat – Daun Kesum
- 1 ikat – Daun Pegaga
- 1 ikat – Selasih
- 5 helai – Daun Limau
Herba:
- 2 biji – Serai (hirisan nipis)
- 1 biji – Bunga Kantan
- 2 biji – Bawang merah
- 1 biji – Kencur
- 1 biji – Kunyit
Hiasan:
- Daun pisang
Cara-cara:
- Bakar belacan sehingga kering, kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Ketepikan.
- Goreng ikan masin sehingga rangup, kemudian ketepikan untuk sejuk. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serunding.
- Potong semua ulam dan ketepikan.
- Potong semua herba dan tumbuk perlahan.
- Sekarang pindahkan semua bahan ke dalam mangkuk besar, tambahkan minyak kelapa dan peras dengan sedikit garam.
- Gaul rata. Sajikan.
- Kuih Tart Kurma dan Walnut
Bila Hari Raya, kuih confirm kena ada! Tapi korang pernah jumpa tak kuih raya yang sedap tapi rendah kalori? 👀 Ha, kuih tart kurma dan walnut ni lah salah satunya~ Bukan setakat sedap, tapi memuaskan! Korang wajib try!
Bahan-Bahan:
- 210gm – Biskut Digestives
- 100gm – Oat Organik Segera
- 30gm – Gula
- 1 sudu kecil – Garam
- 150gm – Mentega leleh
- 1 sudu kecil – Serbuk Kayu Manis
Isian:
- 40 biji – Kurma yang dikopek
- 100gm – Krim keju
- 200ml – Krim
- 2 biji – Telur (besar)
- 100gm – Gula halus
- 1 sudu kecil – Ekstrak vanila
- 1 sudu kecil – Garam
Topping:
- Lebih kurang 50-60 biji Walnut
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah C.
- Campurkan biskut digestives, oat, garam, gula dan serbuk kayu manis ke dalam pengisar makanan dan hancurkan hingga halus.
- Setelah mencapai tekstur yang halus, titiskan mentega leleh semasa mengisar. Bila sebati, alihkan ke dalam dulang tart berukuran 10 inci.
- Tekan kemas ke dasar dan dinding dulang tart.
- Bakar selama 8 minit.
- Keluarkan dan biarkan sejuk di rak kawat.
- Masukkan krim keju, vanila, garam dan gula ke dalam pengisar makanan dan kisar hingga kental, kemudian tambahkan telur dan kisar lagi selama 10-15 saat. Akhir sekali, tambahkan krim dan kisar lagi sekali sahaja untuk mencampurkan bahan-bahan.
- Letakkan potongan kurma di bahagian bawah kulit tart.
- Tuang adunan isi ke atas kurma dan taburkan walnut di atasnya.
- Bakar selama 35 minit di bahagian bawah oven untuk mengelakkan walnut daripada hangus.
- Keluarkan dan biarkan sejuk.
- Hidangkan.
- Urap dengan Kacang Walnut & Minyak Kelapa
Tak lengkap lah satu hidangan raya kalau takde hidangan sampingan, betul tak? Lagi lagi, hidangan sampingan seperti Urap! Ha, first time dengar ke tu? Hehe. Ni pun salah satu hidangan traditional tau. Ala ala salad gituu but make it ✨ EDISI MALAYSIA ✨. Nak jadikan lagi lagi lagi sihat dan sedap, kita letak biji walnut dan kelapa. Tak susah pun, korang kena try tau!
Bahan-bahan:
- 1 ikat – Kangkung (potong kepingan 2, direbus)
- 10 biji – Kacang Panjang (potong kepingan 2, direbus)
- 1 cawan – Taugeh (direbus)
- 1 biji – Lobak (potong batang nipis)
- ½ cawan – Kacang Walnut (dicincang)
- 1 cawan – Kelapa Parut
Rempah:
- 6 biji – Bawang Merah
- 3 biji – Bawang Putih
- 4 biji – Cili Merah Ditumbuk
- 2 biji – Cili Padi
- 1 biji – Kencur
- 1 biji – Kunyit
- ½ biji – Bunga Kantan (potong nipis)
- 5 helai – Daun Limau Purut (potong nipis)
- 3 sudu besar – Minyak Kelapa
- Garam
- Gula
Hiasan:
- Daun Pisang
Cara-cara:
- Tumbuk rempah bersama garam sehingga menjadi pasta kasar. Tambahkan minyak kelapa.
- Campurkan rempah yang telah ditumbuk dengan kelapa, periksa rasa dan kukus selama 30 minit.
- Setelah siap, alihkan ke dalam mangkuk besar.
- Gaulkan dengan semua bahan lain sehingga sebati.
- Hidangkan.
- Resepi Multifloral Honey Nutrabliss
Bila dah pekena, makanan- makanan sedap time raya, minuman yang best pun kena lah ada jugak! Contohnya, Multifloral Honey Nutrabliss dengan Lemon! Alamak, terliur pulak hehe. Sangatlah senang, sangatlah sedap and sangatlah sihat! Kalau tak cuba, taktahu lah nak cakap apa :3
Bahan-bahan:
- 1 sudu teh just lemon
- 2 sudu the madu
- ½ cawan atau lebih air panas
Cara-cara:
- Masukkan madu dan jus lemon ke dalam cawan atau jag.
- Tambah air panas dan kacau.
- Tambah jus lemon, madu dan air panas mengikut selera.
Alright, tu je gaiss! Eh sudah, terbongkar dah Resepi Rahsia Gaya Raya daripada Jenama Retail No.1 di Malaysia, Watsons Malaysia ni. Apa lagi, dah tahu, kena lah share ramai ramai, baru semua dapat buat and menikmati Hari Raya yang penuh dengan hidangan-hidangan yang berkhasiat lagi, lazat. Nak tengok edisi video bersama Chef, Sherson Lian? Pergi je dekat sini hehe. Selamat mencuba, #KakiWatsons! 🥰